Jabatan Bekalan Air

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Bekalan Air JABATAN BEKALAN AIR (JBA),
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!Jabatan Bekalan Air merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safar...
05/11/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!

Jabatan Bekalan Air merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (IPAKM) berkuat kuasa mulai 5 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan serta kejayaan yang lebih gemilang dalam memacu penyelidikan dan pembangunan sektor air negara.

Ikhlas daripada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air serta seluruh warga kerja JBA.

Tahniah dan selamat maju jaya!

04/11/2026

𝐉𝐁𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Bekalan Air (JBA) telah turut serta dalam Sambutan Hari Integriti Peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Tahun 2026 yang berlangsung pada 4 November 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JPS, Cyberjaya.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pengarah JBA, Ir. Che Zabidi bin Che Ani yang mewakili JBA dalam sesi menandatangani Komitmen Integriti sebagai tanda kesungguhan jabatan untuk terus membudayakan nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam setiap pelaksanaan tugas.

Selain pengisian forum dan aktiviti interaktif, pasukan JBA turut mencipta kejayaan apabila muncul sebagai pemenang dalam permainan membina menara, sekali gus memperlihatkan semangat kerjasama berpasukan, kreativiti dan kesepaduan dalam kalangan warga jabatan.

Integriti bukan sekadar prinsip yang diikrarkan, tetapi nilai yang perlu diterjemahkan melalui setiap tindakan dan tanggungjawab yang dilaksanakan.

SESI PENYERAHAN PORTFOLIO TIMBALAN KETUA PENGARAH, JABATAN BEKALAN AIRKetua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), YBhg. Da...
03/11/2026

SESI PENYERAHAN PORTFOLIO TIMBALAN KETUA PENGARAH, JABATAN BEKALAN AIR

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), YBhg. Dato' Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie telah menyempurnakan sesi penyerahan portfolio kepada Timbalan Ketua Pengarah JBA yang baharu dilantik, YBrs. Ir. Che Zabidi bin Che Ani.

Sesi ini mencerminkan komitmen JBA dalam memastikan kesinambungan pengurusan, memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan penyelarasan tugas dan tanggungjawab Jabatan.

Selamat menjalankan amanah kepada YBrs. Ir. Che Zabidi bin Che Ani. Semoga kepimpinan baharu ini membawa aspirasi, momentum dan kecemerlangan berterusan buat JBA.

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 (𝐒𝐒𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 (𝐓𝐀𝐏𝐒) 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐒𝐎𝐍𝐆, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ...
02/11/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 (𝐒𝐒𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 (𝐓𝐀𝐏𝐒) 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐒𝐎𝐍𝐆, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 | 𝟐 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Penyerahan tersebut telah direalisasikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, kepada MCS Management Sdn. Bhd., diiringi Timbalan Ketua Pengarah JBA, Ir. Che Zabidi bin Che Ani, di Ibu Pejabat JBA, Putrajaya pada 2 November 2026.

𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀Jabatan Bekalan Air (JBA) turut mengambil bahagian dalam Karnival Ce...
25/10/2026

𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀

Jabatan Bekalan Air (JBA) turut mengambil bahagian dalam Karnival Celik Tenaga dengan membuka reruai pameran bagi memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan peranan, perkhidmatan serta projek-projek yang dilaksanakan di bawah jabatan.

Penyertaan ini menjadi platform untuk JBA mendekatkan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat, di samping berkongsi informasi mengenai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dalam memastikan perkhidmatan bekalan air terus berkualiti, berdaya tahan dan memenuhi keperluan rakyat.

Karnival yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, yang juga merupakan Ahli Parlimen Lipis.

Melalui penglibatan dalam program seumpama ini, JBA terus komited memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai terhadap sektor bekalan air negara.

Notis Sebut HargaJBA/K-SH/10/2026Kerja Penyiasatan Tanah Bagi Pembinaan Baraj & Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sg ...
25/10/2026

Notis Sebut Harga
JBA/K-SH/10/2026
Kerja Penyiasatan Tanah Bagi Pembinaan Baraj & Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sg Sedili Besar Daerah Kota Tinggi Johor

23/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐊𝐀𝐏 𝐉𝐁𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Penutup Sukan KESKAP JBA telah berlangsung semalam, 23 Oktober 2026, dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air.

Majlis dimulakan dengan pertandingan bola tampar sebelum diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara sukan yang telah berlangsung sepanjang tempoh 18 September hingga 23 Oktober 2026.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Hijau atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan KESKAP JBA 2026 dan seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Dato’ Anita Mohamed Shafie (DAMS).

Lebih daripada sekadar mengejar kemenangan, semoga penganjuran sukan ini terus menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan menyatukan seluruh warga JBA.

Bersaing di gelanggang, bersatu sebagai satu keluarga.
Semoga semangat kesukanan sentiasa menjadi penghubung dan bukan senjata permusuhan.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐋𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐁𝐔𝐓21 Oktob...
21/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐋𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐁𝐔𝐓

21 Oktober 2026 (Rabu)

Satu lawatan tapak bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar ke Sungai Gembut telah diadakan pada 21 Oktober 2026 bagi memantau kemajuan semasa projek serta mengenal pasti isu dan permasalahan di tapak yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dan penyiapan projek.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Ir. Nor Halim bin Aludin, Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Pengurusan Projek selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama, bersama Pn. Arnisarina binti Salim, Jurutera Awam Penguasa dan Ir. Nor Hayati binti Mahat, Jurutera Awam.

Turut hadir ialah pihak perunding SMHB Sdn. Bhd. serta kontraktor SPN Ehsan Sdn. Bhd.

Dalam lawatan ini, turut dilaksanakan ujian Holiday Test di kawasan lapisan bitumen yang telah dipasang pada sambungan paip MCSL. Ujian tersebut dijalankan bagi mengesan sebarang kecacatan kecil atau pinholes pada lapisan bitumen bagi memastikan kualiti dan keberkesanan perlindungan pada sambungan paip.

Lawatan dan pemantauan secara berterusan ini penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta memenuhi aspek kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.

Address

ARAS 1 & 2, BLOK F10, KOMPLEKS F, LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388836369

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bekalan Air posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bekalan Air:

Shortcuts

Share

Nearby government services