Politeknik.kolejkomuniti

Politeknik.kolejkomuniti

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

Laman Facebook Rasmi ini berperanan sebagai satu wadah komunikasi antara warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta semua pengunjung yang melawati laman Facebook ini. #welovepolycc

Photos from Politeknik.kolejkomuniti's post 08/06/2026

HARI TVET NEGARA 2026 : PELAJAR POLYCC CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN KEMAHIRAN WSMB FUTURE SKILLS

Sempena sambutan Hari TVET Negara yang berlangsung pada 5-7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya, pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) sekali lagi membuktikan keupayaan tinggi dalam bidang kemahiran apabila berjaya meraih pencapaian membanggakan di pertandingan WSMB Future Skills.

Dua pelajar dari Politeknik Port Dickson (PPD) mencatat kejayaan besar dalam bidang Demo UAS (Unmanned Aerial System). Pelajar Politeknik, Lui Shun Shen dinobatkan Juara pertandingan ini manakala Muhammad Amirul 'Arif bin Mohd Fadli selaku Naib Juara.

Selain itu, dalam kategori baharu yang dipertandingkan, Dental Prosthetic (Additive Manufacturing), pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP), Mohd Irfan Umar bin Mazlisham telah berjaya meraih tempat ketiga.

Pertandingan ini menghimpunkan seramai 12 peserta daripada institusi ternama termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), MAHSA University, AIMST, Politeknik, IKBN dan ADTEC.

Kejayaan membanggakan ini turut terserlah dalam bidang 3D Digital Game Art apabila pelajar Kolej Komuniti Selayang (KKSY), Furqanul Amjad bin Faridilatras, berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Kejayaan pelajar POLYCC ini mencerminkan sistem TVET khususnya di POLYCC mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang teknologi baharu. Ia selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara yang menekankan: Pembangunan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi untuk memenuhi keperluan industri masa depan.

Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama POLYCC sebagai institusi TVET yang unggul, tetapi juga memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap peranan TVET dalam melahirkan generasi profesional yang mampu memacu pembangunan negara.





From hands-on to ‘minds-on’ 08/06/2026

In the digital age, technology is a critical component in all sectors, including technical and vocational education and training (TVET).

Higher Education Ministry polytechnics and community colleges department director Dr Shamsuri Abdullah said while TVET places a lot of emphasis on learning skills through hands-on education, students also need to be “minds-on” as they work with technology in the classroom

Read more via https://www.thestar.com.my/news/education/2026/06/07/from-hands-on-to-minds-on





From hands-on to ‘minds-on’ Polytechnics and community colleges upskilling youth with tech-driven TVET.

Photos from Kolej Komuniti Selayang's post 08/06/2026
LIVE | 19 th MALAYSIA FIRA CUP 2026 POLITEKNIK KOTA BHARU 08/06/2026

[LANGSUNG] Ikuti perkembangan terkini bersempena dengan penganjuran 19th Malaysia FIRA Cup 2026 bagi edisi 8 Jun 2026, Isnin, langsung dari 'venue' utama, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.





LIVE | 19 th MALAYSIA FIRA CUP 2026 POLITEKNIK KOTA BHARU LIVE | 19 th MALAYSIA FIRA CUP 2026 POLITEKNIK KOTA BHARU

08/06/2026

Lebih 1,000 peserta sertai Kejohanan Piala FIRA Malaysia 2026

Photos from Politeknik.kolejkomuniti's post 07/06/2026

SAMBUTAN MASIH MERIAH DI HARI KETIGA HARI TVET NEGARA 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Hari TVET Negara 2026 yang kini sedang berlangsung di Dataran Putrajaya sebelum tirainya dilabuhkan pada malam ini.

Kunjungi reruai POLYCC di setiap Hub dan terokai pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan kehebatan bakat, inovasi dan kemahiran warga Politeknik serta Kolej Komuniti.

Pelbagai produk kreatif, teknologi inovatif hinggalah kepada hasil keusahawanan yang berpotensi tinggi, semuanya membuktikan bahawa TVET bukan sekadar kemahiran, malah mampu melahirkan usahawan berjaya.

Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan untuk merasai sendiri pengalaman dunia TVET yang penuh inovasi, teknologi dan peluang kerjaya masa hadapan.

TVET Pilihan Utama Kerjaya





Photos from Politeknik.kolejkomuniti's post 07/06/2026

KEJOHANAN 19th FIRA MALAYSIA CUP 2026 : PENTAS UJI KREATIVITI PELAJAR DALAM MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI ROBOTIK BERMULA

Kota Bharu, 7 Jun 2026 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menganjurkan Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2026 di mana Politeknik Kota Bharu (PKB) telah dipilih sebagai tuan rumah dan penganjur bersama bagi penganjuran yang telah memasuki edisi ke-19 tahun ini. Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, di sini, hari ini.

Dengan tema “Robotics Igniting Future Solutions”, kejohanan ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar, penyelidik, pensyarah dan penggiat industri robotik untuk mempamerkan inovasi, kreativiti dan kemahiran teknikal dalam pelbagai kategori pertandingan robotik.

Melalui kejohanan ini, peserta berpeluang mengembangkan kemahiran dalam bidang seperti robotik, automasi, pengaturcaraan, kecerdasan buatan dan mekatronik sejajar dengan perkembangan teknologi global masa kini.

Kejohanan yang bermula hari ini sehingga 11 Jun 2026 nanti bakal menghimpunkan seramai 1,465 penyertaan keseluruhan daripada pelajar politeknik dan kolej komuniti, sekolah, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara serta agensi berkaitan dengan sembilan (9) kategori dipertandingkan iaitu HuroCup, Sumo Warrior, Robosot, AiBot, Simurosot, Air Drone, Business & Innovation, FIRA Autonomous Car dan MyBot.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sepanjang kejohanan ini berlangsung seperti pameran industri, aktiviti CSR, seminar dan bengkel perkongsian ilmu, promosi POLYCC yang bakal menerima lawatan dan kehadiran daripada pelajar-pelajar sekolah menengah menerusi sesi ‘guided-tour’.

Terdahulu, telah berlangsung penyerahan piala pusingan kejohanan oleh Dr. Mohd Daud bin Isa kepada pihak PKB.

Hadir sama ialah YBrs. Dr. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK merangkap Presiden FIRA Malaysia Chapter, YBrs. Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK merangkap Timbalan Presiden FIRA Malaysia Chapter dan YBrs. Ir. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah PKB, Pengarah-pengarah Bahagian JPPKK, Pengarah-pengarah POLYCC dan barisan peserta kejohanan.





07/06/2026

Sorotan Rangkuman Video Hari TVET Negara 2026

TVET Pilihan Utama Kerjaya





06/06/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 4-7, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Jalan P4W, Presint 4
Putrajaya
62100