Pembangunan kawasan padi luar jelapang merupakan antara pendekatan penting bagi memperluas kawasan pengeluaran padi negara.
Jabatan Pertanian Malaysia
Facebook Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia
Official Page of Department of Agriculture Malaysia
Untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, aktiviti dan informasi Jabatan Pertanian Malaysia
Penyeludupan anak pokok pelbagai spesies dari Thailand ke Johor Bahru gagal
08/06/2026
Tahukah anda? Menambah baja dengan lebih banyak tidak semestinya menjadikan tanaman lebih subur.
Malah, penggunaan baja secara berlebihan boleh menyebabkan pembaziran, meningkatkan kos pengeluaran dan menjejaskan kesihatan tanah.
Bagi membantu petani menggunakan baja dengan lebih cekap, pakar pertanian memperkenalkan konsep 4R Pengurusan Nutrien, iaitu pembajaan yang tepat berdasarkan empat prinsip utama:
✅ Sumber Yang Betul (Right Source) – Pilih jenis baja yang sesuai dengan keperluan tanaman dan tanah.
✅ Kadar Yang Betul (Right Rate) – Gunakan kadar baja yang mencukupi, bukan berlebihan.
✅ Masa Yang Betul (Right Time) – Baja ketika tanaman sedang aktif menyerap nutrien.
✅ Tempat Yang Betul (Right Place) – Letakkan baja berhampiran zon akar supaya nutrien mudah diserap.
Kajian menunjukkan amalan 4R boleh meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien sehingga 15 hingga 25 peratus, selain membantu mengurangkan kos input pembajaan sekitar RM130 hingga RM260 sehektar tanpa menjejaskan hasil tanaman.
Dalam situasi harga baja yang dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran global dan krisis bekalan dunia, amalan pembajaan yang tepat menjadi semakin penting.
Setiap kilogram baja yang digunakan perlu memberi manfaat maksimum kepada tanaman.
Sebelum musim penanaman bermula, lakukan analisis tanah, pilih baja yang sesuai, tentukan kadar pembajaan yang tepat dan rekodkan penggunaan baja setiap musim.
Langkah mudah ini mampu membantu meningkatkan produktiviti ladang dan mengurangkan pembaziran.
Ingat, hasil yang baik bukan bergantung kepada jumlah baja yang banyak, tetapi kepada cara baja digunakan dengan betul.
Rujuk infografik untuk memahami konsep 4R dengan lebih lanjut.
08/06/2026
Kenaikan harga baja akibat ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global memberi tekanan kepada sektor pertanian.
Namun begitu, anda masih boleh mengurangkan kos pembajaan melalui beberapa amalan yang lebih cekap dan berkesan tanpa menjejaskan hasil tanaman.
Antara langkah utama ialah mengamalkan pembajaan tepat dengan menggunakan baja mengikut keperluan tanaman dan peringkat pertumbuhannya.
Penggunaan baja secara berlebihan bukan sahaja membazir, malah boleh menjejaskan kesihatan tanaman dan alam sekitar.
Selain itu, analisis tanah juga penting bagi mengenal pasti kandungan nutrien yang diperlukan.
Dengan maklumat ini, anda dapat menggunakan baja secara lebih terancang dan menjimatkan.
Penggunaan sungkupan seperti jerami, rumput kering atau daun kering turut membantu mengurangkan kos pembajaan.
Sungkupan berfungsi mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kehilangan nutrien serta mengawal pertumbuhan rumpai.
Di samping itu, penghasilan kompos daripada sisa tanaman dan sisa dapur boleh menjadi alternatif yang lebih ekonomik untuk menambah nutrien dan memperbaiki struktur tanah.
Amalan pengairan yang cekap juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pembajaan.
Sistem pengairan yang baik membantu akar menyerap nutrien dengan lebih optimum serta mengurangkan kehilangan baja akibat larut resap.
Secara keseluruhannya, tanah yang sihat dan pengurusan nutrien yang baik dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia serta meningkatkan kecekapan penggunaan input pertanian.
Dalam menghadapi peningkatan kos pengeluaran, pengurusan ladang yang bijak menjadi kunci untuk mengekalkan produktiviti tanaman dan memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.
Rujuk infografik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan pembajaan yang cekap dan menjimatkan.
08/06/2026
Dalam era globalisasi, peningkatan perdagangan antarabangsa, pergerakan manusia serta perubahan iklim telah mempercepatkan penyebaran spesies asing invasif atau Invasive Alien Species (IAS) ke seluruh dunia.
Kehadiran spesies ini bukan sahaja mengancam biodiversiti, malah boleh menjejaskan produktiviti pertanian, kesihatan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat.
Bagi meningkatkan kesedaran dan memperkukuh usaha pengurusan biosekuriti negara, Jabatan Pertanian dengan kerjasama Jawatankuasa Teknikal Spesies Asing Invasif Tumbuhan telah menerbitkan buku “Malaysia Factsheet on Invasive Alien Species: Agricultural & Forestry Sector 2025”.
Buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan ia digunakan secara meluas oleh penyelidik, institusi pengajian tinggi, organisasi antarabangsa, penggubal dasar dan pihak berkepentingan di seluruh dunia.
Penerbitan ini menghimpunkan maklumat komprehensif mengenai 59 spesies asing invasif yang memberi ancaman kepada sektor pertanian dan perhutanan negara, merangkumi serangga perosak, penyakit tumbuhan, moluska dan nematod.
Setiap helaian fakta mengandungi maklumat berkaitan asal usul, ciri-ciri, taburan, perumah, habitat, kaedah pengenalpastian, langkah kawalan serta tahap ancaman terhadap tanaman dan alam sekitar.
Buku ini turut menjelaskan bagaimana IAS boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti, mengubah fungsi ekosistem, meningkatkan risiko bencana alam sekitar serta menimbulkan kerugian ekonomi yang besar kepada sektor pertanian dan perhutanan.
Pengurusan yang berkesan melalui pendekatan pencegahan, pembasmian, pembendungan dan kawalan merupakan langkah penting dalam memelihara khazanah biodiversiti negara.
Orang ramai, penyelidik dan pengamal industri yang berminat boleh memuat turun buku ini secara percuma melalui pautan berikut:
https://www.doa.gov.my/doa/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/penerbitan/buku/malaysia_factsheet_invasive_alien_species_agricultural_forestry_sector_2025.pdf
Penerbitan ini diharap menjadi rujukan penting dalam memperkukuh kesedaran awam serta menyokong usaha negara melindungi sumber pertanian, perhutanan dan biodiversiti Malaysia untuk generasi akan datang.
07/06/2026
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.
𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐓𝐔𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐀𝐇!🚨
Nampak kecil, tetapi lalat buah merupakan antara perosak paling merugikan dalam tanaman buah-buahan tropika.
Serangan larva di dalam buah boleh menyebabkan buah rosak, gugur sebelum matang dan menjejaskan kualiti hasil.
Mangga, betik, belimbing, jambu batu, rambutan dan pelbagai buah-buahan lain 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 jika kawalan tidak dilaksanakan dengan baik.
✅ 𝑲𝒖𝒕𝒊𝒑 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒖𝒔𝒏𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒈𝒖𝒈𝒖𝒓
✅ 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒌𝒖𝒔 𝒃𝒖𝒂𝒉
✅ 𝑷𝒂𝒔𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 '𝒎𝒆𝒕𝒊𝒍 𝒆𝒖𝒈𝒆𝒏𝒐𝒍 '
✅ 𝑨𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝒔𝒊 𝒌𝒆𝒃𝒖𝒏
✅ 𝑷𝒂𝒏𝒕𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒍𝒂
𝙆𝙚𝙗𝙪𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙥𝙖𝙣𝙩𝙖𝙪 𝙧𝙖𝙥𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙣𝙩𝙚𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙡𝙖𝙩 𝙗𝙪𝙖𝙝.
📌 𝘒𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘰𝘴𝘢𝘬, 𝘤𝘦𝘨𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘰𝘴𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘩𝘢𝘴𝘪𝘭 𝘵𝘢𝘯𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢.
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
Presint 4
Putrajaya
62624
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |
