Jabatan Wilayah Persekutuan

Directions Website

Jabatan Wilayah Persekutuan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan.
(1)

🏀 KEMUDAHAN RIADAH LEBIH SELESA, KOMUNITI LEBIH AKTIF!Perbadanan Labuan (PL) terus komited meningkatkan keselesaan pendu...
10/11/2026

🏀 KEMUDAHAN RIADAH LEBIH SELESA, KOMUNITI LEBIH AKTIF!

Perbadanan Labuan (PL) terus komited meningkatkan keselesaan penduduk menerusi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf fasiliti riadah di beberapa taman perumahan sekitar Labuan.

Antara kemudahan yang diberi perhatian termasuk gelanggang bola keranjang dan sepak takraw di Taman Perumahan SEC Rancha-Rancha, SEC Durian Tunjung, Perumahan MPL Batu Arang, Taman Mahkota Impian, Taman Lazenda Villa 5 dan Taman Wong Wo Lo.

Kemudahan yang lebih baik membuka ruang untuk komuniti beriadah, bersukan dan mengeratkan hubungan kejiranan.

Sama-sama kita jaga, sama-sama kita manfaatkan!

🍽️ DAH MAKAN? JANGAN LUPA KEMAS! 😜Sebelum meninggalkan medan selera, pastikan meja dikemas, makanan dihabiskan dan sampa...
10/11/2026

🍽️ DAH MAKAN? JANGAN LUPA KEMAS! 😜

Sebelum meninggalkan medan selera, pastikan meja dikemas, makanan dihabiskan dan sampah dibuang ke dalam tong.

Nampak macam perkara kecil, tapi inilah tanda kita prihatin. Biar tempat makan bersih, semua orang pun selesa nak makan! 💚

Makan puas-puas, kebersihan jangan lepas! Sentiasa amalkan (Bersih Setiap Tempat)

RM200 JUTA DEMI MASA DEPAN PENJAJA KUALA LUMPURYB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),...
10/11/2026

RM200 JUTA DEMI MASA DEPAN PENJAJA KUALA LUMPUR

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, meninjau pelaksanaan Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur Tahun 2026.

Program ini melibatkan 287 lokasi dengan peruntukan RM200 juta bagi melaksanakan pembangunan semula serta menaik taraf kemudahan penjajaan. Inisiatif ini memberi manfaat kepada 11,072 penjaja kecil menerusi penyediaan ruang perniagaan yang lebih selesa, bersih dan teratur.

Setakat ini, 48 lokasi telah siap sepenuhnya, manakala 153 lokasi sedang dalam pelaksanaan.
Bukan sekadar menaik taraf kemudahan, malah membuka peluang kepada penjaja kecil untuk terus berkembang dan meningkatkan daya saing perniagaan.

🍯 MANISNYA..Bermula sejak tahun 2008, Kebun Kelulut Komuniti Presint 9 kini menempatkan lebih 50 log kelulut di kawasan ...
10/11/2026

🍯 MANISNYA..

Bermula sejak tahun 2008, Kebun Kelulut Komuniti Presint 9 kini menempatkan lebih 50 log kelulut di kawasan seluas 0.5 ekar.

Diusahakan oleh penduduk setempat termasuk golongan warga emas, inisiatif ini bukan sahaja menghasilkan madu, malah pernah disenarai pendek untuk Commonwealth Planning Awards 2021.

Di sebalik manisnya madu, tersimpan usaha komuniti yang cukup bermakna! 🐝

10/11/2026

🚫 VANDALISME BUKAN PERKARA KECIL!

Kemudahan PA/PPR disediakan untuk kegunaan bersama, bukannya untuk dirosakkan. Perbuatan vandalisme hanya menyusahkan penghuni lain dan meningkatkan kos penyelenggaraan.

Hormati kemudahan awam. Jangan rosakkan hak bersama!

Jaga kemudahan kita, tanggungjawab kita bersama.

10/11/2026

🥤 STRAW BOLEH TERURAI

Tahukah anda, straw plastik yang dibuang merata-rata boleh berakhir di lautan dan mengancam hidupan marin seperti penyu? 🐢

Jom beralih kepada straw biodegradasi sebagai alternatif!

🌱 Diperbuat daripada bahan yang boleh terurai.
♻️ Membantu mengurangkan sisa plastik.
🌊 Menggalakkan penjagaan alam sekitar.

Jom gunakan produk biodegradasi dan sama-sama jaga bumi kita! 💚

10/11/2026

[SIARAN LANGSUNG]

Sidang Media : DBKL memperuntukkan RM200 juta untuk mentransformasikan kawasan penjajaan di Kuala Lumpur. Menerusi Program Lestari Niaga 2026, kemudahan gerai dinaik taraf, kawasan niaga disusun semula dan proses pemutihan penjaja dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bersih, selamat dan teratur.

🛣️ BUKAN JALAN UTAMA SAHAJA, KAWASAN SETEMPAT TURUT DIBERI PERHATIAN!DBKL memperluas usaha penyelenggaraan jalan di 11 k...
10/11/2026

🛣️ BUKAN JALAN UTAMA SAHAJA, KAWASAN SETEMPAT TURUT DIBERI PERHATIAN!

DBKL memperluas usaha penyelenggaraan jalan di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur, melibatkan jalan utama, kawasan perumahan hingga jalan kampung.

Kerja-kerja merangkumi penurapan semula serta penampalan jalan menggunakan kaedah Thermal Patcher, iaitu teknologi yang menggunakan asfalt panas untuk membaiki permukaan jalan yang rosak.

Demi jalan yang lebih baik dan perjalanan yang lebih selesa.

BATU BERTAMBAH TINGGI? 🪨Pernahkah anda melihat batu yang dipercayai semakin tinggi dari semasa ke semasa?Inilah batu teg...
10/11/2026

BATU BERTAMBAH TINGGI? 🪨

Pernahkah anda melihat batu yang dipercayai semakin tinggi dari semasa ke semasa?

Inilah batu tegak yang terdapat di Laman Megalit, Taman Putra Perdana, Putrajaya. Batu ini merupakan replika megalit yang terdapat di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

Menariknya, batu ini dikenali sebagai Batu Hidup kerana kepercayaan bahawa ketinggiannya boleh bertambah.

Namun, fenomena ini sebenarnya berlaku akibat hakisan permukaan bumi dalam tempoh yang lama sehingga mendedahkan bahagian pangkal batu dan membuatkannya kelihatan semakin tinggi.

📍 Laman Megalit, Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya

⛏️ APA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK TEROWONG INI?Siapa sangka, di sebalik kehijauan hutan di Lubok Temiang, Labuan, tersi...
09/11/2026

⛏️ APA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK TEROWONG INI?

Siapa sangka, di sebalik kehijauan hutan di Lubok Temiang, Labuan, tersimpan tinggalan sejarah perlombongan batu arang sejak abad ke-19.

Labuan pernah menjadi antara pusat perlombongan batu arang terawal di Asia Tenggara. Hingga kini, kesan sejarahnya masih dapat dilihat melalui tinggalan terowong, lohong dan struktur perlombongan.

Antara yang menarik ialah Terowong 3, 4 dan 7 yang menjadi bukti aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu.

Satu warisan sejarah yang mungkin ramai belum tahu kewujudannya. 👀

Sumber: https://labuangeopark.com/bekas-lombong-batu-arang-lubok-temiang

Address

Jabatan Wilayah Persekutuan, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services