Lembaga Kebajikan Haiwan

Directions Website Contact the organization

Lembaga Kebajikan Haiwan Pertanyaan Pelesenan dimohon untuk terus ke email yang disediakan.

BENGKEL PEMBANGUNAN ARAHAN PROSEDUR TETAP KEBAJIKAN HAIWAN (PELESENAN) DAN PENGEMASKINIAN KOD AMALAN KEBAJIKAN HAIWANTAR...
06/11/2026

BENGKEL PEMBANGUNAN ARAHAN PROSEDUR TETAP KEBAJIKAN HAIWAN (PELESENAN) DAN PENGEMASKINIAN KOD AMALAN KEBAJIKAN HAIWAN

TARIKH: 3, 4 & 5 NOVEMBER 2026

TEMPAT: BILIK SEMINAR Agri-BDC, KPKM, WISMA TANI.

🐶🐱 TIP PILIH / BELI HAIWAN KESAYANGAN SECARA BERTANGGUNGJAWABBerhasrat untuk memiliki anjing atau kucing sebagai haiwan ...
29/10/2026

🐶🐱 TIP PILIH / BELI HAIWAN KESAYANGAN SECARA BERTANGGUNGJAWAB

Berhasrat untuk memiliki anjing atau kucing sebagai haiwan kesayangan? 🐾 Sebelum membuat keputusan, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga kebajikan haiwan tersebut.

Berikut ialah beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian sebelum memilih atau membeli haiwan kesayangan:

✅ Semak umur haiwan – Pastikan haiwan telah mencapai umur yang sesuai untuk dipisahkan daripada ibunya.

✅ Periksa buku kesihatan – Pastikan rekod vaksinasi, ubat cacing dan pemeriksaan kesihatan adalah lengkap.

✅ Sahkan pengenalan haiwan – Semak Pet Passport dan nombor mikrocip, jika ada.

✅ Periksa keadaan fizikal – Pastikan haiwan kelihatan sihat, aktif dan tiada tanda-tanda penyakit atau kecederaan.

✅ Perhatikan tingkah laku – Pilih haiwan yang menunjukkan tindak balas dan tingkah laku yang bersesuaian.

✅ Beli daripada sumber yang sah – Pastikan penjual mempunyai lesen yang berkaitan dan semak maklumat haiwan sebelum membuat pembelian.

🐾 Ingat! Memiliki haiwan kesayangan bukan sekadar membeli atau memeliharanya, tetapi ia juga melibatkan komitmen jangka panjang untuk memastikan kebajikan haiwan sentiasa terjaga.

❤️ Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab. Haiwan juga berhak mendapat kehidupan yang selamat, sihat dan sejahtera.

Pihak Seksyen Kebajikan Haiwan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Khalid Rashid (Pak Khalid), Presiden Kelab...
25/10/2026

Pihak Seksyen Kebajikan Haiwan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Khalid Rashid (Pak Khalid), Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal ibadahnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Al-Fatihah.

Dengan hati yang amat berat dan penuh kesedihan, kami ingin memaklumkan pemergian Allahyarham Khalid Rashid, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM).

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar buat KKM. Beliau bukan sahaja memimpin kelab ini, malah menjadi sebahagian penting daripada perjalanan, perkembangan dan pencapaian KKM selama ini.

Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam dunia kucing akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami. Kehilangan ini amat dirasai, dan pemergian beliau meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh warga KKM.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan kuburnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Selamat berehat, Pak Khalid. Jasa dan sumbanganmu akan sentiasa kami kenang.

Al-Fatihah. 🤍

📢 PERKONGSIAN KERANGKA KAWAL SELIA PENYELIDIKAN HAIWAN DI IMU UNIVERSITY📅 15 Oktober 2026 (Khamis)📍 IMU University, Buki...
19/10/2026

📢 PERKONGSIAN KERANGKA KAWAL SELIA PENYELIDIKAN HAIWAN DI IMU UNIVERSITY

📅 15 Oktober 2026 (Khamis)
📍 IMU University, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Seksyen Kebajikan Haiwan, Bahagian Regulatori Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Refresher Course on Research and Ethics anjuran Research Management Centre (RMC) dan IMU Joint Committee on Research and Ethics (IMU-JC), IMU University.

Seksyen Kebajikan Haiwan telah diwakili oleh Dr. Razlina Raghazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Regulatory Framework for Animal Research in Malaysia”.

Ceramah ini memberi tumpuan kepada kerangka perundangan dan kawal selia penggunaan haiwan dalam penyelidikan di Malaysia, khususnya peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], peranan Lembaga Kebajikan Haiwan serta pelaksanaan MYCODE for the Care and Use of Animals for Scientific Purposes.

Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa etika penyelidikan dan panel penilai untuk meningkatkan kefahaman mengenai tanggungjawab serta keperluan pematuhan dalam memastikan penggunaan haiwan bagi tujuan saintifik dilaksanakan secara beretika dan mengutamakan kebajikan haiwan.

Penglibatan DVS dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam memartabatkan amalan penyelidikan haiwan yang bertanggungjawab di Malaysia.

IMUUniversity ResearchEthics MYCODE

PERKONGSIAN ILMU KEBAJIKAN HAIWAN BERSAMA INDUSTRI UNGGASLembaga Kebajikan Haiwan melalui Seksyen Kebajikan Haiwan, Jaba...
13/10/2026

PERKONGSIAN ILMU KEBAJIKAN HAIWAN BERSAMA INDUSTRI UNGGAS

Lembaga Kebajikan Haiwan melalui Seksyen Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dijemput oleh Dindings Poultry Processing Sdn. Bhd. untuk menyampaikan ceramah dalam Kursus Kebajikan dan Kesihatan Haiwan yang diadakan pada 13 Oktober 2026, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian.

Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kakitangan industri berkaitan amalan kebajikan dan kesihatan haiwan, khususnya dalam aspek pengurusan serta pengendalian ayam dari peringkat ladang sehingga ke rumah sembelihan.

Antara topik yang disampaikan ialah:

1. Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam Industri Ayam
Dr. Ani binti Yardi
2. Pengurusan Reban dan Implikasi Kebajikan Haiwan dalam Sistem Penternakan Ayam yang Berbeza
Dr. Zaitun Natahain binti Md Diah
3. Piawaian Kebajikan Unggas: Panduan Amalan Terbaik Pengendalian, Pengangkutan dan Penyembelihan
Dr. Razlina binti Raghazli

Penglibatan dalam program seperti ini merupakan antara usaha berterusan untuk memperkukuh kefahaman pihak industri terhadap keperluan kebajikan haiwan, pematuhan perundangan serta penerapan amalan terbaik dalam pengurusan unggas di sepanjang rantaian pengeluaran.

DVS

We would like to extend our sincere appreciation to YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan...
09/10/2026

We would like to extend our sincere appreciation to YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, together with the team from the Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), for taking the time to visit Ekspo Kucing 2026. 🙏🏻💐

Your visit is a meaningful encouragement to everyone involved in Malaysia’s pet industry, from pet businesses and product innovators to animal lovers and the wider pet community. 🐶🐱❤️

At Ekspo Kucing, we believe that our love for animals goes beyond cuddles, purrs and wagging tails. It is about nurturing a responsible pet-loving community, promoting animal welfare, and building a brighter future for our beloved furry companions. 🐾🌈

Thank you for being part of our journey and for sharing this special moment with us! ✨

📸 Here's to more meaningful collaborations, greater awareness and a stronger future for Malaysia's pet industry! 🇲🇾🐾"
𝗘𝗸𝘀𝗽𝗼 𝗞𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲
📅 : 9 - 11 October 2026
📍 : MITEC, Kuala Lumpur
⏰ : 10AM – 9PM
🎟 : RM5 per Adult
(FREE for children below 12 and senior citizens aged 60 and above)
(Tickets may only be purchased at the ticket counter on event day.)
[Malaysia's Largest International Cat Expo]
| | | | | | | | | |

SEKSYEN KEBAJIKAN HAIWAN DVS KONGSI KERANGKA KAWAL SELIA PENYELIDIKAN HAIWAN DI MALAYSIA📅 30 September 2026 | Universiti...
09/10/2026

SEKSYEN KEBAJIKAN HAIWAN DVS KONGSI KERANGKA KAWAL SELIA PENYELIDIKAN HAIWAN DI MALAYSIA

📅 30 September 2026 | Universiti Putra Malaysia (UPM)

Seksyen Kebajikan Haiwan, Bahagian Regulatori Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Bengkel Pengawal Aturan Penggunaan Haiwan dalam Penyelidikan, Pengajaran dan Pengujian: Perspektif Institusi Pengajian Tinggi anjuran Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Seksyen Kebajikan Haiwan telah diwakili oleh Dr. Razlina Raghazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Regulatory Framework for Animal Research in Malaysia”.

Ceramah tersebut memberi pendedahan mengenai peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], peranan Lembaga Kebajikan Haiwan serta pelaksanaan MYCODE for the Care and Use of Animals for Scientific Purposes dalam memastikan penggunaan haiwan bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pengujian dilaksanakan secara beretika serta mengambil kira aspek kebajikan haiwan.

Penyertaan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pengukuhan kerjasama antara DVS dengan institusi pengajian tinggi dalam meningkatkan kefahaman serta pematuhan terhadap keperluan kawal selia dan standard kebajikan haiwan di Malaysia.

UPM IACUC MYCODE

DIGIGIT ATAU DICAKAR ANJING ATAU KUCING?Jangan abaikan luka walaupun nampak kecil. Cuci segera dengan air mengalir dan s...
09/10/2026

DIGIGIT ATAU DICAKAR ANJING ATAU KUCING?

Jangan abaikan luka walaupun nampak kecil. Cuci segera dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit, kemudian dapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan segera.

Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. Lindungi diri, keluarga dan haiwan kesayangan anda daripada risiko rabies.

MITOS ATAU FAKTA TENTANG RABIES? 🐶🐱Jangan mudah percaya mitos tentang rabies. Ketahui fakta sebenar dan fahami kepenting...
09/10/2026

MITOS ATAU FAKTA TENTANG RABIES? 🐶🐱

Jangan mudah percaya mitos tentang rabies. Ketahui fakta sebenar dan fahami kepentingan vaksinasi dalam melindungi haiwan kesayangan, diri sendiri dan keluarga daripada risiko rabies. 💉🐾
Bersama-sama kita tingkatkan kesedaran dan cegah rabies demi keselamatan manusia dan haiwan. ❤️

09/10/2026

🚨 INI TINDAKAN KECEMASAN YANG WAJIB ANDA IKUTI!

Jangan panik jika digigit haiwan yang disyaki Rabies. Bertindak pantas adalah kunci!

Terdapat 4 langkah penting yang perlu anda lakukan SERTA-MERTA untuk menyelamatkan nyawa anda sebelum mendapatkan rawatan.

Lihat video ini dan ketahui caranya untuk menghindari tragedi 👇

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kebajikan Haiwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Kebajikan Haiwan:

Shortcuts

Share