Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM Laman Facebook Rasmi
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri (BHEUU). More info at http://www.bheuu.gov.my

Official page of Legal Affairs Division, Prime Minister's Department.

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH SESY...
04/11/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET BAHARU IPOH, PERAK

IPOH, PERAK – 2 November 2026 – YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), bersama pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek pembinaan bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Baharu Ipoh bagi meninjau kemajuan kerja serta membincangkan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan projek.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri turut diwakili oleh Ts. Illyani binti Ariffin, Jurutera Kanan, Seksyen Pembangunan BHEUU dalam lawatan tersebut.

Dalam lawatan berkenaan, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat, penyelarasan berterusan dan komitmen semua pihak, termasuk pasukan projek, perunding serta kontraktor bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Aspek keselamatan, pengurusan tapak dan pematuhan terhadap keperluan projek turut diberikan perhatian bagi memastikan pelaksanaan kerja berjalan lancar, teratur dan berkesan.

Kerjasama strategik antara BHEUU, JPM dengan JKR akan terus diperkukuh bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya demi memenuhi keperluan infrastruktur kehakiman negara.






SESI LIBAT URUS HUMAN RIGHTS DUE DILIGENCE GUIDE FOR BUSINESSES IN MALAYSIA BAGI MENYOKONG PELAKSANAAN NAPBHR 2025–2030📍...
03/11/2026

SESI LIBAT URUS HUMAN RIGHTS DUE DILIGENCE GUIDE FOR BUSINESSES IN MALAYSIA BAGI MENYOKONG PELAKSANAAN NAPBHR 2025–2030

📍 Bangunan BHEUU JPM, Putrajaya
🗓️ 22 September 2026

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Human Rights Due Diligence (HRDD) Guide for Businesses in Malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU JPM, dengan penyertaan wakil kementerian berkaitan.

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan Panduan HRDD serta meningkatkan kefahaman kementerian mengenai tujuan, skop dan penggunaannya sebagai panduan praktikal kepada sektor perniagaan di Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab menghormati hak asasi manusia.

Melalui sesi penerangan ini, kementerian turut diberikan pendedahan mengenai konsep dan proses HRDD, khususnya dalam membantu perniagaan mengenal pasti, mencegah, mengurangkan dan menangani impak negatif terhadap hak asasi manusia yang mungkin timbul daripada operasi, produk, perkhidmatan serta hubungan perniagaan mereka.

Memandangkan pelaksanaan HRDD melibatkan pelbagai sektor ekonomi dan bidang kuasa kementerian, kefahaman bersama mengenai Panduan HRDD adalah penting bagi memastikan kementerian mempunyai maklumat dan rujukan yang bersesuaian untuk memberikan penerangan serta panduan awal kepada sektor perniagaan di bawah bidang tanggungjawab masing-masing apabila diperlukan.

Pembangunan Panduan HRDD ini merupakan salah satu inisiatif penting di bawah Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) 2025–2030, bagi menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, memperkukuh pengurusan risiko hak asasi manusia serta meningkatkan kesiapsiagaan perniagaan Malaysia terhadap perkembangan piawaian dan jangkaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen BHEUU JPM dalam memperkukuh kesedaran, kefahaman dan penyelarasan antara kementerian, sekali gus menyokong usaha memperluas penerapan HRDD dalam kalangan sektor perniagaan di Malaysia.







Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kajian Komparatif Sistem Pelantikan Kehakiman Bilangan 1/20262 NOVEMBER 2026 | KUALA LUMPUR ...
03/11/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kajian Komparatif Sistem Pelantikan Kehakiman Bilangan 1/2026

2 NOVEMBER 2026 | KUALA LUMPUR Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kajian Komparatif Sistem Pelantikan Kehakiman Bilangan 1/2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Mesyuarat yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk mendengar dan membincangkan pembentangan Laporan Akhir oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada YB Senator Dato’ Rita Sarimah anak Patrick Insol, YB Tuan William Leong Jee Keen, dan YB Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamuddeen turut hadir bagi memberikan pandangan serta input strategik ke atas Laporan Akhir tersebut. Mesyuarat ini juga disertai oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas yang lain iaitu Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), wakil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP), dan wakil Jabatan Peguam Negara (AGC) berserta pakar akademik.

Segala cadangan dan syor penambahbaikan yang dibentangkan akan diteliti dan ditambah
baik oleh pasukan penyelidik untuk pertimbangan semula Jawatankuasa Khas.

Langkah ini amat penting sebelum sebarang ketetapan dasar dan hala tuju pindaan dimuktamadkan bagi pertimbangan Kerajaan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kebebasan institusi kehakiman, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI dalam menjunjung kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Rangkuman Sesi Pembentangan Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Plenary Session 2...
03/11/2026

Rangkuman Sesi Pembentangan Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Plenary Session 2: Tuanku Chancellor International Conference on Law 2026, Bangi Golf Resort.



BHEUU ENGAGES WITH AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA ON DEATH PENALTY REFORM 📍 30 October 2026 | BHEUU JPM, Putrajaya The L...
03/11/2026

BHEUU ENGAGES WITH AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA ON DEATH PENALTY REFORM

📍 30 October 2026 | BHEUU JPM, Putrajaya

The Legal Affairs Division, Prime Minister’s Department (BHEUU JPM), welcomed representatives from Amnesty International Malaysia for a meeting on Malaysia’s ongoing death penalty and criminal justice reform initiatives.

The meeting, led by YBhg. Dato’ Dr. Punitha Silivarajoo, Deputy Director-General (Policy and Development), BHEUU JPM, was held at the request of Amnesty International Malaysia to exchange perspectives on Malaysia’s death penalty reform journey, including developments following the landmark 2023 legislative reforms, the current status of death penalty cases and the Government’s ongoing study on the possibility of total abolition.

The engagement also provided an opportunity to discuss regional and international developments, as well as potential areas for knowledge-sharing and collaboration in research, public awareness and evidence-based policy discussions.

BHEUU JPM values constructive engagement with civil society organisations as part of its ongoing efforts to support informed policymaking and strengthen Malaysia’s criminal justice system, while considering legal, societal and human rights considerations.





MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN ICT DI BAWAH PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) BHEUUBahagian Hal Ehwal Undang-Unda...
02/11/2026

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN ICT DI BAWAH PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Penyerahan Peralatan ICT di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) pada 26 Oktober 2026 (Isnin), bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Bukit Senggeh, Asahan, Melaka.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil pihak sekolah, iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1), diikuti ucapan oleh Pengerusi Persatuan Alumni SK Felda Bukit Senggeh, Encik Norsham bin Jantan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU, Jabatan Perdana Menteri, sebelum disempurnakan dengan gimik penyerahan peralatan ICT.

Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Zamri bin Misman turut menekankan kepentingan penggunaan teknologi secara bijak dan berhemah, khususnya dalam kalangan generasi muda. Walaupun teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menawarkan pelbagai kemudahan dalam pembelajaran, penggunaannya perlulah berpada-pada dan tidak sehingga mewujudkan kebergantungan yang berlebihan. Teknologi seharusnya menjadi alat untuk membantu kita belajar dan berkembang, bukannya menggantikan pemikiran kritis, kreativiti serta pengalaman kehidupan sebenar.

Beliau turut mengingatkan agar kanak-kanak tidak melupakan keindahan zaman persekolahan dengan meluangkan masa bermain di luar, meneroka alam, bersukan dan berinteraksi bersama rakan-rakan. Pengalaman ini penting dalam membentuk perkembangan fizikal, emosi dan sosial yang seimbang.

Penganjuran program CSR ini mencerminkan komitmen BHEUU dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, di samping menyokong usaha pendigitalan dalam sektor pendidikan. Melalui sumbangan peralatan ICT seperti komputer riba, komputer meja dan pencetak, diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah serta membantu memperluas akses kepada pembelajaran berasaskan teknologi.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada pembelajaran yang lebih berkualiti, inklusif dan seimbang, demi melahirkan generasi masa hadapan yang celik digital, berfikiran kritis serta bijak memanfaatkan teknologi tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan dan kehidupan sebenar.






01/11/2026

Rangkuman Sesi Selari (Parallel Sessions) TCC 2026

Sekitar sorotan sesi selari (parallel sessions) yang menampilkan penglibatan para pembentang daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam perkongsian ilmu dan perbincangan berkaitan isu-isu perundangan semasa.

Sesi ini menjadi platform untuk mengetengahkan pandangan, berkongsi kepakaran serta bertukar-tukar idea dan perspektif bersama para peserta dan pengamal undang-undang dari dalam dan luar negara.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan BHEUU dalam menyumbang kepada wacana perundangan serta memperkukuh usaha ke arah pemantapan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik.

BHEUU Kongsi | Kirana Bahasaadministration of justice → pentadbiran keadilanDefinisi: Sistem pengurusan undang-undang be...
31/10/2026

BHEUU Kongsi | Kirana Bahasa

administration of justice → pentadbiran keadilan

Definisi: Sistem pengurusan undang-undang berdasarkan pertimbangan yang wajar.

Dalam konteks ketelusan dan integriti, ketepatan penterjemahan istilah undang-undang Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan maksud perundangan difahami dengan jelas dan tidak mengelirukan.

Teruskan usaha memperhalus bahasa, memperkukuh kefahaman perundangan.






Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388851000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM:

Shortcuts

Share

Nearby government services