03/11/2026
"Tentunya kita dalam mesyuarat Khas MKN dan persiapan semalam menekankan beberapa langkah.
Pertama, memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi.
Kedua, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam dan luar negara. Dan saya dah bayangkan dalam sidang Parlimen ini bahawa, ini juga termasuk beberapa badan risikan luar negara, termasuk Israel beroperasi di negara-negara jiran dan perkampungan Israel di Phuket dan di selatan Thailand yang kemudian dilihat oleh badan- badan risikan kita sebagai potensi ancaman kepada negara.
Ketiga, memperkukuh perlindungan terhadap infrastruktur dan sektor strategik negara. Ini termasuk tenaga, pengangkutan, kewangan, bekalan makanan.
Keempat, kesiapsiagaan rakyat dan masyarakat. Kita menedahkan kepada masyarakat, sebab itu, dinasihat oleh MKN semalam supaya saya keluarkan kenyataan hari ini.
Supaya mengingatkan ahli-ahli berhormat dan rakyat umumnya bahawa jangan kita fikir ancaman ini ancaman yang jauh dari kita, kerana apa yang berlaku di Eropah dan di Amerika serta Jepun itu memang gempar, menggemparkan negara masing- masing.
Kelima, memperkukuh keupayaan agensi dan penggunaan teknologi kerana di antara serangan, ini termasuklah serangan siber.
Saya ingin menegaskan bahawa bagi pihak kerajaan saban hari, semua agensi, Menteri dan Kementerian diminta terus menjalankan tanggungjawab, memastikan penyerasan berkesan, dan badan-badan di bawah pengawasan mereka itu siapsiaga, terutama pasukan keselamatan kerana dalam pertemuan itu saya juga mendapat jaminan dari Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.
Mudah-mudahan Allah memelihara dan menyelamatkan negara Malaysia tercinta".
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri merangkap
Pengerusi Majlis Keselamatan Negara
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN