Institut Keselamatan Awam Malaysia - IPSOM

Institut Keselamatan Awam Malaysia - IPSOM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Keselamatan Awam Malaysia - IPSOM, Government Organization, Institut Keselamatan Awam Malaysia Kementerian Dalam Negeri Aras 2, Setia Perkasa 6, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 15/05/2026

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN PERKASA KEPIMPINAN SERTA KESIAPSIAGAAN PASUKAN

Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), Mohd Khalid Ismail menegaskan bahawa elemen kepimpinan, profesionalisme dan kesiapsiagaan warga pasukan perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan Polis Diraja Malaysia kekal berdaya saing dan bersedia menghadapi landskap keselamatan yang semakin mencabar.

Beliau menyampaikan amanat tersebut sempena Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan Bilangan 1 Tahun 2026 yang menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi peringkat jabatan, kontinjen, formasi serta institusi latihan PDRM.

Dalam ucapan beliau di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, KPN memaklumkan bahawa hala tuju kepimpinan PDRM kini memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu pemanfaatan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), pengukuhan integriti serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurut beliau, usaha mempertingkatkan profesionalisme, integriti dan keupayaan pasukan diperkasa melalui pelaksanaan 10 Agenda Transformasi PDRM 2026 sebagai persediaan menghadapi ancaman keselamatan moden.

Beliau turut menekankan bahawa Pelan Tindakan Perancangan Strategik PDRM 2026-2030 yang sedang diperincikan perlu dijadikan rujukan utama oleh setiap jabatan dan kontinjen agar segala perancangan dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta memberi manfaat kepada rakyat.

Persidangan tersebut turut memberi penumpuan kepada usaha memperkukuh kepimpinan dan kesiapsiagaan pasukan dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan semasa termasuk jenayah siber, penipuan atas talian, penyebaran berita palsu, isu melibatkan elemen agama, raja dan kaum (3R), selain kegiatan jenayah terancang yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara.

Sehubungan itu, seluruh jabatan dan formasi PDRM disaran mempertingkatkan keupayaan penguatkuasaan, memperkukuh kompetensi pegawai selaras perkembangan teknologi terkini serta memperhebat usaha pemantauan dan pencegahan demi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

Dalam persidangan sama, beberapa pembentangan turut diadakan bagi memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat antaranya Pengoperasian Next Generation MERS 999 (NG MERS 999): Isu dan Cabaran yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan Kementerian Komunikasi, Tuan Kamarudin Abdul Rani bersama Pengurus Besar Government Specialised Services Telekom Malaysia, Tuan Hj. Anuar Mat Alim.

Turut mendapat perhatian ialah pembentangan Strategi Pembanterasan Rasuah PDRM 2026-2030 oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar.

Selain itu, pembentangan berkaitan Kajian-Kajian Empirikal di bawah Institut Keselamatan Awam Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berkaitan PDRM telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) Institut Keselamatan Awam Malaysia, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan, manakala pembentangan bertajuk Menilai Impak Konflik Asia Barat Terhadap Keselamatan Negara disampaikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Dato’ Azman Abdul Razak.

Photos from Kementerian Dalam Negeri (KDN)'s post 11/05/2026
30/04/2026

SESI TAKLIMAT KAJIAN PEMBANGUNAN INSTRUMEN PENILAIAN FAHAMAN PELAMPAU KEGANASAN

Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Ibn Sina,
Aras 2, Setia Perkasa 6,
Kompleks Perkasa, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
Pengerusi: YBrs. Puan Faizah binti Jaarudin,
Ketua Eksekutif,
Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM)

Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) telah mengadakan sesi taklimat berhubung pelaksanaan Kajian Pembangunan Instrumen Penilaian Fahaman Pelampau Keganasan, yang bertujuan membangunkan instrumen standard dan empirikal bagi menilai risiko serta tahap radikalisasi individu.

Kajian ini dilaksanakan bagi mengisi jurang kritikal dalam mengenal pasti tahap pendedahan ideologi serta profil psikologi golongan berisiko, seterusnya memperkukuh keberkesanan program intervensi dan pemulihan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh para penyelidik daripada 20 Universiti Awam di seluruh negara. Kajian ini merupakan kerjasama strategik antara IPSOM dengan Universiti Awam, dan dijadualkan berlangsung selama lapan bulan bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Januari 2027.

Skop penyelidikan merangkumi pembangunan item instrumen, pengujian kesahan, serta penyediaan garis panduan etika melalui metodologi komprehensif seperti sesi libat urus, temu bual mendalam, survei, dan lawatan penanda aras ke luar negara.

Pasukan penyelidik yang terlibat hendaklah mempunyai kepakaran merentas bidang, termasuk psikologi, kaunseling, usuluddin, dan keselamatan siber, bagi menghasilkan dua instrumen penilaian serta laporan analisis impak dasar.

21/04/2026
Photos from Kementerian Dalam Negeri (KDN)'s post 02/04/2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau rapat krisis tenaga global yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kerajaan akan mengambil pendekatan strategik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.
Pemantauan tertumpu kepada:

- Risiko gangguan bekalan
- Ancaman penyeludupan rentas sempadan
- Penyebaran maklumat palsu
- Aktiviti elemen asing & keselamatan dalaman

Pendekatan Smart Enforcement akan diperkasa, dan rakyat dinasihatkan tidak mempercayai maklumat tidak sahih.

KDN komited memastikan Malaysia kekal stabil, selamat dan berdaya tahan menghadapi cabaran global.

20/03/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI.

Dalam kesyahduan takbir yang bergema,kami dari Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), menyusun jari sepuluh menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat Syawal yang tiba. Dengan tulus ikhlas, kami ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ucapan ini dititipkan khusus buat seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mana jua kalian berada. Semoga kehadiran Aidilfitri ini menyinari sanubari dengan kebahagiaan, mempertautkan ukhuwah yang sedia terjalin, serta melimpahkan kesejahteraan, kesihatan, dan keberkatan yang berpanjangan.

18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak. Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan kepada kita semua. Mudah-mudahan setiap amalan yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan. ✨

Photos from Institut Keselamatan Awam Malaysia - IPSOM's post 05/02/2026

MESYUARAT POST-MORTEM SEMINAR IPSOM@KDN
“PENGURUSAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA: REALITI & SOLUSI

Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi: Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 2, Setia Perkasa 6, Kementerian Dalam Negeri.

Mesyuarat Post-Mortem Seminar IPSOM@KDN telah diadakan bagi menilai pelaksanaan, pencapaian serta cabaran sepanjang penganjuran seminar “Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia: Realiti & Solusi” anjuran Kementerian Dalam Negeri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas menyeluruh daripada urus setia dan pihak terlibat berkaitan aspek perancangan, pengurusan program, penglibatan peserta serta keberkesanan pengisian seminar. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang.

Hasil dapatan mesyuarat ini diharap dapat menjadi panduan dan rujukan dalam memperkemas penganjuran program ilmiah yang lebih berimpak serta selari dengan keperluan dan aspirasi Kementerian Dalam Negeri.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Institut Keselamatan Awam Malaysia Kementerian Dalam Negeri Aras 2, Setia Perkasa 6, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62546